Monday, 28 February 2011

PERANAN,KEGIATAN DAN FUNGSI MASJID DI KARIAH SAYA.


TAJUK: PERANAN,KEGIATAN DAN FUNGSI                             
           MASJID DI KARIAH SAYA.

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 151


DISEDIAKAN OLEH:
ANIS MUZAKKIR BIN ABDULLAH
No Matrik : 2010469004
Kumpulan: ASD2CN


PROGRAM:
FAKULTI SAINS GUNAAN
(AS120)











ISI KANDUNGAN



TAJUK

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK

PENDAHULUAN

PENGERTIAN MASJID

sejarah penubuhan

JAWATANKUASA MASJID KAMPUNG BERJAYA

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

PERANAN

RUMUSAN

PENUTUP

BIBILIOGRAFI














ABSTRAK

Masjid merupakan rumah Allah,ia tempat yang suci dan mulia bagi umat islam dan harus dipelihara.selain itu ,fungsi utama masjid adalah tempat beribadat dan turut dijalankan kegiatan lain.Masjid dijadikan tempat beribadat terutamanya sembahyang fardu mahupun jumaat secara jemmah.Hal ini juga dituntut oleh rasulullah s.a.w melalui hadisnyaiaitu tuntutan solat secara berjemaah.Walaubagaimanapun,masjid bukan sahaja untuk ibadat sembahyang,sebaliknya ia adalah pusat dan juga menjadi nadi kegiatan ummah di sesuatu kariah sama ada segi rohani atau keduniaan seperti kegiatan yang menyentuh mengenai kemasyarakatan. Ia juga menjadi  perhubungan antara manusia sendiri dalam menguruskan hal ehwal keagamaan, ekonomi, sosial, keilmuan dan pentadbiran negara. Ia juga adalah tempat melaksanakan segala kegiatan manusia yang mencerminkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.Selain itu,al-quran juga menyebut mengenai masjid di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Nur hidayah petunjuk dari Allah bersinar dengan nyata terutama sekali di masjid sebagai tempat beribadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya.Di masjid juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." – (surah Al-Nur, ayat 36-37)




PENDAHULUAN

Masjid adalah tempat beribadat yang cuci dan mulia bagi umat islam.Ia adalah tempat yang paling tepat untuk dipilih sebagai tempat beribadat kerana keadaan yang tenang dan boleh menambahkan kekushyukan beribadat. Setelah merdeka, masjid-masjid dan surau-surau telah menjadi tempat peribadatan orang-orang Melayu. Istilah peribadatan digunakan kerana upacara-upacara yang khas berkaitan agama dijalankan di situ.Contoh aktviti-aktiviti lain yang dijalankan selain solat ialah,ceramah/kuliah,tadarus al-quran,gotong royong,kelab moto masjid,program anak muda,tempat perbincangan,belajar dan lain-lain. Namun, peranan masjid tersebut perlu menjangkau lebih daripada yang ada, sepertimana yang ditujukkan oleh Rasulullah saw. Masjid pada zaman baginda menjadi pusat kegiatan kehidupan umat Islam. Di situlah berlakunya pendidikan, perniagaan, rundingan-rundingan penting dan pembuatan dasar bagi kerajaan Islam pada ketika itu.
Tujuan esei ini ditulis adalah untuk mengupas kegiatan masjid di kariah saya dalam mendidik anak-anak kariah.


Masjid yang telah saya pilih untuk melakukan tugasan ini adalah Masjid Kampung Berjaya,Kedah. Masjid ini merupakan masjid yang berada di kariah saya iaitu kariah Alor Setar,Kedah Darul Aman dan ia dibawah Jabatan Agama Islam Kedah.




Masjid di kampung saya ini mempunyai kegiatan tersendiri.Masjid ini menjediakan pendidikan terhadap anak-anak kariah iaitu:
1.Menyediakan tempat mengaji al-quran
2.Kelas-kelas fardu ain dan fardu kifayah untuk anak-anak muda
3.Kelab bermotor(anak-anak muda masjid)
4.Dan lain-lain

Selain itu, institusi masjid ini juga sentaisa menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan selain ibadat solat. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ialah kuliah agama setiap hari isnin dan sabtu,Aktiviti seperti ini dapat menghidupkan masjid disamping meluangkan masa untuk mengumpul bekalan akhirat .aktiviti tadarus al-quran juga dilakukan setiap hari khamis.Ini dapat melahirkan anak kariah yang tahu mengenai al-quran disamping mengetahui makna al-quran.Sepertiman yang kita tahu zaman sekarang banyak umat islam mengaku islam tetapi tidak tahu mengenai islam apatah lagi maksudnya,aktiviti seperti ini dapat mendidik anak kariah mengenai al-quran. Berikutnya, program anak muda turut diadakan. Sepanjang bulan ramadhan, pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Solat Tarawih berjemaah, Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran, berbuka puasa beramai-ramai dan juga gotong-royong penyediaan dan edaran Bubur Lambuk.




PENGERTIAN MASJID

Masjid dari sudut bahasa di dalam bahasa Arab ialah nama bagi tempat bersujud. Dari sudut syara‘ pula ialah di mana-mana tempat permukaan bumi
Kalau dikaji dari segi bentuk fizikal masjid pada zaman Rasulullah, ternyata sifatnya tidak seperti sifat masjid yang dibina di negeri umat Islam pada masa kini. Pada zaman itu, masjid didirikan daripada pelepah tamar dan atapnya daripada daun kurma dan apabila sujud debu melekat pada dahi.

Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, langkah pertama yang baginda lakukan ialah membina masjid. Masjid pertama yang dibina di zaman Rasulullah ialah Masjid Quba. Masjid ini didirikan secara bergotong-royong di atas sebidang tanah kepunyaan dua anak yatim. Keadaan masjid itu sangat sederhana, dikelilingi tembok batu bata yang diperbuat daripada tanah liat dan berlantaikan pasir.

Selepas pembinaan masjid quba,ia diteruskan dengan pembinaan Masjid Nabawi di Madinah,selepasnpenghijrahan baginda ke madinah. Jelasnya kedua-dua masjid iini dibina atas dasar ketakwaan sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam firman Allah: "Janganlah engkau sembahyang di masjid itu (yang dibina oleh orang munafik) selama-lamanya kerana sesungguhnya Masjid Quba yang didirikan atas dasar takwa dari mula (wujudnya), (maka) sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya..."– (Surah Al-Taubah, ayat 108).
Selain itu,sejarah juga telah menyatakan perkembanganserta kegemilangan masjid di zaman baginda Rasulullah s.a.w. , masjid merupakan pusat penyebaran ilmu, muamalat, pusat ibadat, pemerintahan dan pentadbiran. Masjid juga menjadi pusat pembentukan keperibadian insaniah.Ia juga menjadi pusat kegiatan yang dapat memberikan faedah serta mendatangkan manfaat kepada Islam dan penganutnya.
Walaubagaimanapun masjid juga merupakan lambang syiar bagi umat Islam, ia merupakan pusat yang menghubungkan manusia sesama manusia dan hubungan manusia bersama penciptanya(Allah).Pada zaman Rasulullah s.a.w.,baginda mengambil langkah yang berkesan bagi meluaskan fungsi dan peranan masjid bagi mewujudkan perpaduan yang kukuh dikalangan umat Islam di Madinah dengan meletakkan dasar ketakwaan dan pentingnya hidup bermasyarakat di dalam kehidupan mereka.Jika perkara seperti ini yang di didik di zaman baginda ini terus diamalkan pada zaman sekarang,sudah semestinya perpaduan di dalam kaum terus utuh dan kukuh.
Islam telah menggariskan konsep dan sifat-sifat bagi mereka yang dapat menghidupkan masjid berdasarkan firman Allah dalam surah At- Taubah ayat 18 :

Yang bermaksud : ‘ Bahawa orang yang memakmurkan masjid Allah ialah orang-orang yang beriman dan hari akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut ( kepada sesiapa ) selain dari Allah maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

sejarah penubuhan dan Maklumat Dan Latar Belakang Masjid Kampung Berjaya

Masjid Kampung Berjaya,Jalan Tunku Abdul Rahman Putera,05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Latar Belakang MasjidTerletak di lot Nombor 175/176 (Hak Milik Kerajaan)
Mukim Kota Setar
Daerah Kota Setar
Diberi pada 6hb November 1973
Syarat : Madrasah (Surau)
Keluasan : 11.236 kp.
Bangunan Masjid mula didirikan pada tahun 1974
Keluasan tanah 11.236 kp

Ini merangkumi keluasan masjid seluas 74 x 40 tidak termasuk keluasan tandas dan bilik berwuduk.






JAWATANKUASA MASJID KAMPUNG BERJAYA
Jawatankuasa masjid terdiri dari 11 orang. Tidak termasuk jawatan penaung/penasihat dan pemeriksa kira-kira.

Nama-nama ahli jawatankuasa sekarang.
Penasihat : Ybg. Tuan Haji Abdul Kadir Hj. Rukun
Penaung : Ybg. Tuan Haji Shuib Mohd. Isa
Pengerusi : Ybg. Tuan Haji Yahya Hj. Marzuki
Naib Pengerusi : Mahmood bin Haji Mohd. Ali
Setiausaha : Ybg. Tuan Haji Abdul Rahman Napiah
Bendahara : Ybg. Tuan Haji Fauzi Ismail

Ahli Jawatankuasa
Ybg. Tuan Haji Shukri Sabu
Ybg. Tuan Haji Faizol Abdul Latiff
Encik Zahara Mat Din
Encik Azizi Din
Encik Adnan Yonus
Encik Annuar Hj. Abdul Rahim
Encik Jaafar Awang

Pemeriksa Kira-Kira
Ybg. Tuan Haji Ahmad Bakar
Encik Abdul Rahman






Imam-Imam
Ybg. Tuan Haji Abdul Kadir Hj. Rukun
Ybg. Tuan Haji Fadzil Hussain
Encik Zahari bin Mat Din
Encik Sakiran Osman
Ybg. Tuan Haji Yahya Marzuki
Encik Solehin Ghazalan

Pembantu Masjid
Encik Mohd Khir Abdul Rahman
Tuan Haji Amirul Safiq.



ANTARA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

1.Tempat mengambil wuduk and mandi
Banyak tempat mengambil wuduk disediakan untuk memudahkan para jemaah untuk mengambil wuduk.Selain itu tempat untuk mandi dan membersihkan diri bagi musafir yang singgah untuk solat.

2.Parking
Parking yang diperuntuksn di masjid ini agak luas,tetapi tidak mencukupi di musim perayaan

3.Sudut bacaan(al-quran,ilmiah dan banyak lagi)
Sudut ini terletak didalam masji iaitu di penjuru masjid.Sudut bacaan ini mempunyai pelbagai bahan bacaan berkaitan dunia dan akhirat.Sudut ini diwujudkan untuk memudahkan anak kariah mencari bahan bacaan disamping memupuk semangat membaca

4.Stor menyimpan barang
Stor ini menyimpan pelbagai peralatan masjid dengan selamat.Antara peralatan yang terdapat ialah perlatan kenduri,dan banyak lagi.Tujuan stor ini dibina adalah untuk mengelak daripada masala kecurian yang semakin menjadi-jadi di sini.

5.Peralatan mengurus jenazah
Antra peralatan yang terdapat ialah tempat mandi mayat,tempat menghasilkan keranda,perkhidmatan penghantaran ke kubur.Selain itu,perkhidmatan menguruskan mayat juga ada.



PERANAN

Berikut adalah kegiatan masjid yang telah dijalankan di kariah saya:
1.Program kuliah mingguan
Kuliah ini diadakan untuk mengajak anak kariah untuk meluangkan masa untuk memakmurkan rumah allah(masjid).Kuliah di masjid ini diadakan seminggu dua kali iaitu isnin dan khamis dengan menjemput dua orang ustad yang berbeza.Program seperti ini dapat membantu anak kariah mendalami ilmu al-quran dan ilmu hadis disamping mendidik hati mereka untuk selalu datang ke masjid.

2.Program tadarus al-quran
Selain daripada program kuliah,tadarus juga diadakan untuk mengajak anak kariah ke masjid.Program didakan seminggu sekali pada hari khamis dengan dipimpin oleh imam masjid ini sendiri.tadarus al-quran ini dapat mendidik anak kariah bahawa membaca al-quran bukan sahaja tekun dibaca di bulan puasa kerana bnyak pahala tetapi perlu dibaca sentiasa(setiap masa).Selain itu,dengan adanya program seperti ini dapat mengajar anak kariah mengenai tadjwib dan sebagainya mengenai al-quran,disamping membaca kita juga dapat menghayati maksudnya.

3.Kelas Komputer
 Sebuah syarikat pengeluar ubatan tradisioanal (Rojam) telah menyumbang empat buah computer untuk kegunaan belia dan pelajar-pelajar tempatan untuk mempertingkat kegunaan alat computer. Syarikat itu juga menyediakan seorang guru bertauliah untuk mengajar.

4.Kelab bermotor(anak –anak muda msajid)
Kelab ini baru sahaja ditubuhkan pada tahun ini(2010),kelab ini ditubuhkan untuk menarik minat remaja(anak kariah) untuk ke masjid disamping untuk mengurangkan masalah social seperti merempit,zina dan sebagainya.Kelab bermotor ini menjalankan aktiviti ke masjid ke masjid(gotong royong).Selain itu,kelab bermotor extream juga baru ditubuhkan.

5.Pendidikan fardhu ain dan fardhu kifayah terhadap anak kariah
aktiviti ini diajar sendiri oleh imam satu masjid ini.Antara objektif atau kandungan yang diajar ialah,solat,puasa,mengurus jenazah dan sebagainya.Hal sedemkian dititik beratkan oleh imam kerana tidak mahu ilmu tentang semua itu hilang apabila golongan tua sudah tiada.
Pelajaran dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.
Tiga hari seminggu : Ahad, Isnin Dan Selasa
Hari Rabu :Kelas Quran dan Tajwid
Dibawah seliaan masjid.
Sumbangan dari Jabatan Agama Islam hanya RM120.00 setahun.


6.Derma masjid (anak-anak yatim dan golongan miskin)
Derma seperti ini banyak dijalankan di masjid ini untuk membantu anak kariah yang memerlukan bantuan.Aktiviti ini diteruskan di bulan puasa iaitu apabila aidilfitri menjelang tiba,bantuan diberi untuk merka membeli peralatan perayaan


7.Program bulan puasa
Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan apabila ramadhan menjelma tiba.Antaranya solat tanrawih berjamaah,tadarus al-quran,bubur lambuk,dan sebagainya untuk menarik minat anak kariah

8. Sambutan mengadakan program sambutan hari kebesaran :
            i. Malam Maulidur Rasul
ii. Malam Israk/Mikraj
iii. Malam Nisfu Sa’aban
iv. Malam Asyura
v. Malam Ma’al Hijrah
    (Jemputan penceramah tempatan dan luar)

9.Majlis Qulliah selepas magrib

i. Hari Jumaat - Ustaz Safie Ismail
ii. Hari Sabtu - Ustaz Saridan
iii. Hari Isnin - Ustaz Ismami Noh
iv. Hari Rabu - Tuan Guru Haji Said Abdullah
v. Malam Jumaat - Majlis Bacaan Yassin/Majlis Tahlil





ANTARA MASALAH YANG DIHADAPI DI MASJID INI

Masalah kecuruian
Masalah kecurian ini kerab berlaku di masjid ini.Antara barang yang dicuri ialah duit didalam tabung,besi,dan sebagainya.Hal ini dilakukan oleh segelintir remaja yang tidak menpunyai kerja dan tidak berpendidikan agama.
Masalah kebersihan
Kekurangan aktiviti gotong royong menyebabkan kawasan luaran masjid kurang bersih.Di kawasan masjid ini dipenuhi pokok dan tumbuhan,hal ini menyebabkan daun-daun kering gugur ke kawasan masjid dan menyebabkan masalah kebersiahan.
Masalah kekurangan jemaah
Maslah ini sering berlaku dimana sahaja,juga di masjid saya.Hanya yang ada di masji adalah golongan pencen(orang tua),remaja kurang berminat untuk ke masjid






ANTARA LANGKAH MENGATASI

Tingkatkan kegiatan pengajian
Oleh sebab masalah sering berlaku,pihak masjid telah banyak melaksanakan kegiatan pengajian untuk merik minat remaja dan juga para ibu bapa.hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan maslah kecurian disamping melahirkan masyarakat yang beragama.
Kebersihan
Maslah kebersihan dapoat diataai apabila melantik seorang lagi tukang kebun.disamping itu aktiviti gotong royong banyak dijalankan.Hal ini dapat mengatasi maslah kebersihan.

SEDIKIT PERIWAT/PENGASAS MASJID KAMPUNG BERJAYA:

Allahyarham Tuan Haji Muhammad Mahmood
Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman Shamsuddin
Allahyarham Tuan Haji Wan Abdul Hamid Ahmad
Allahyarham Tuan Haji Ali Sinta
Allahyarham Tuan Haji Marzuki Abdul Hamid
Allahyarham Tuan Haji Mohd Zain
Allahyarham Tuan Haji Abdul Hamid Hassan
Allahyarham Tuan Haji Safie
Allahyarham Tuan Haji Ishak Muhammad.




















GAMBAR MASJID KAMPUNG BERJAYA









RUMUSAN

Majid mempunyai peranan yang sangat penting khususnya di dalam proses pengajaran pendidikan dan pengajaran kegiatan agama islam kerana ianya memantapkan dan mengukuhkan lagi pelaksanaan pengajaran pendidikan dan pembelajaran kegiatan agama Islam di kalangan para penduduk. Kemudahan yang disediakan di Masjid membolehkan penduduk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan.Masjid merupakan “Makmal Pendidikan Rohani” kerana semua aktiviti yang berasaskan agama islam dijalankan di situ. Selain itu aktiviti lain seperti majlis bacaan Yaasin, tadarus al-Quran, sambutan hari kebesaran Islam dan sebagainya juga dijalankan di masjid pada sepanjang tahun.Masjid perlu dijadikan sebagai tempat yang paling tenteram, harmoni dan sesuai bagi pendidikan dan penyampaian ilmu agama ke arah membentuk sahsiah yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.

Secara umumnya,masjid adalah tempat ibadat sembahyang untuk penduduk yang beragama Islam; tempat mengadakan latihan amali mengenai ibadat seperti mengambil wuduk, sembahyang, mandi mayat, bersuci dan lain-lain ibadat fardu ain; tempat latihan membaca al-Quran, bertadarus dan khatam al-Quran; tempat syarahan,solat Jumaat ceramah dan kuliah agama terutama selepas sembahyang Maghrib dan Subuh; tempat mengadakan majlis-majlis hari kebesaran Islam seperti majlis Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain.Kebanyakan penduduk memberikan maklumbalas yang positif terhadap fungsinya dalam pengajaran pendidkan dan pembelajaran agama Islam. 

Selain itu, program-program yang diatur seperti program sembahyang berjemaah Zohor dan Asar, Program Khusus al-Quran dan Program Budaya Ilmu, Program amali solat dan aktiviti-aktiviti lain dapat dilaksanakan dengan baik di surau. Guru-guru Pendidikan dapat melaksanakan Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dengan lebih sempurna dengan kemudahan surau yang disediakan. Mereka juga boleh mengadakan penilaian pelaksanaan beristinjak, membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis, berwuduk, bertayammum, azan, ikamah, solat fardu dan solat jenazah di surau mereka. Surau dapat mengukuhkan aktiviti-aktiviti pengajaran pendidikan dan pembelajaran kegiatan agama Islam.

Namun begitu, terdapat beberapa aspek-aspek yang perlu diberi perhatian. Sebagai contoh, penglibatan dari pihak ibubapa,  dan pihak lain perlu dipertingkatkan lagi. Aktiviti masjid telah memberi kesan yang positif kepada penduduk dan perlu dipertingkatkan lagi khususnya dari aspek kecergasan fizikal atau jasmani. Aktiviti-aktiviti yang berbentuk bukan ibadah khususiah perlu diperbanyakan lagi seperti kem motivasi, ceramah akademik, kaunseling dan kerjaya, kelas perbincangan, perbincangan kumpulan, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, kenduri, bacaan Yassin, kurban dan program gotong royong.




PENUTUP

Keseluruhannya, kegiatan-kegiatan yang dijalanka di masji nmemberi banyak faedah kepada anak-anak kariah. Kegiatan-kegiatan yang dijalankan bukan sahaja memberi pendidikan yang bersifat duniawi malahan ukhruwi juga. Ia banyak mengajar anak kariah untuk menjadi insan yang berdisplin, bertanggungjawab, bermurah hati dan masyrakat islam.

Kita dapat lihat sekiranya anak kariah ini ikhlas dalam menghadirkan diri di dalam setiap kegiatan yang dijalankan dengan cara anak-anak kariah ini mempraktikkan ajaran yang diajarkan dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, ikhlas menghulurkan bantuan mahupun sumbangan tanda di minta terlebih dahulu.
Kita perlu jadikan masjid ini sebagaimana yang rasulullah lakukan pada zamn baginda.Daripada itu kitya dapat melahirkan masyarakat islam yang kuat.
Akhir kalam, setiap apa yang dijalankan mempunyai kepentingannya tersendiri. Kegiatan-kegiatan tersebut juga memberi manfaat dan impak yang baik untuk anak-anak kariah sama ada untuk duniawi mahupun akhirat kelak. Ia bukan sahaja menumpukan pada hal-hal yang berkaitan dengan akhirat malahan dunia juga agar kita tidak terpesong ke jalan yang tidak diredhai Allah.Jadi sama-samalah kita memenuhi masjid dan melakukan ibadah dengan ikhlas....



 BIBILIOGRAFI

Masjid Kampung Kerjaya.
Wikipedia.
abdazizharjin.blogspot.com